BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke creative diamond ::selamat tahun baru 2011 dr admin blog::

Marquee

May 26, 2009

Tip Tangani Marah


Amarah yang tidak terkawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik dan mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda. Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmonian rumah tangga. Semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda.


Langkah 1 (Teknik 5 saat)

Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalam. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.


Langkah 2 (Teknik 10 saat)

Tarik nafas sambil mengakngkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.


Langkah 3 (Teknik 30 saat)

Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan kekiri untuk melegakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.


Langkah 4 (Teknik 45 saat)

Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah itu, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambil menarik dan menghembuskan nafas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.


Langkah 5 (Teknik 60 saat)

Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti setia, bertoleransi, murah hati, tidak mudah marah, merendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan ditempat mudah untuk anda melihatnya.

No comments: