BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke creative diamond ::selamat tahun baru 2011 dr admin blog::

Marquee

December 28, 2009

Tahukah anda ??






London berasal dari gabungan dua kota kuno iaitu Kota London yang dulunya dikenali dengan nama 'The City' atau Square Mile dan Kota Westminster.


Menurut kajian daripada National Sleep foundation di Amerika, kekerapan menonton televisyen merupakan salah satu sebab kenapa manusia sukar tido lena pada waktu malam.


Berat otak manusia hanya 2 % daripada berat badan tetapi menggunakan 25 % oksigen yang disedut semasa berehat atau tidur.


Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat dipergelangan tangan , buku lali, tangan dan kaki.


Gurun sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahara' yang bermaksud liar atau terbiar.


Epal lebih berkesan daripada kafien untuk membuatkan sesorng itu mudah bangun pagi.


Sudan di Afrika dikelilingi 8 negara iaitu Mesir, Libya, chad, republik Afrika Tengah, Zaire, uganda, Kenya dan Ethopia.


Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang paling kurang digunakan.




























November 21, 2009

Kekuatan Seorang Lelaki




Kekuatan seorang lelaki bukan terlekat pada ketegapan bahunya....

Ia kelihatan pada keluasan tangannya mengelilingi anda..


Kekuatan sesorang lelaki bukan terletak pada suaranya yang dalam...

Tapi terletak pada bisikannya yang lembut...


Kekuatan seorang lelaki bukan pada berapa ramai kawan-kawannya...

Tapi ia bergantung samaada dia dapat menjadi kawan baik anak-anaknya..


Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada tahap dia dihormati ditempat kerja..

Tapi terletak pada tahap dia dihormati dirumahnya...


Kekuatan seorng lelaki bukan pada kekuatan dia memukul...

Tetapi terletak pada sentuhannya yang lembut...


Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada bulu dadanya...

Tapi ia terletak didalam dadanya... iaitu didalam hatinya...


Kekuatan seseorang lelaki bukan terletak pada berapa ramai perempuan yang dicintainya...

Tetapi ia terletak pada kesetiaan cintanya pada seorang perempuan...


Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada berapa berat dia boleh mengangkat barangg...

Tetapi terletak pada beban yang dia boleh pikul...




October 12, 2009


Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi SAW :-
Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
Khamis

Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Hari Dalam Islam.

August 22, 2009

Sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan (Mereka itulah Abdul Rahman)






Salam dan semoga dilimpahi rahmat dan redha Allah SWT,


InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsi berkenaan ciri-ciri hamba Allah SWT. Saya akan cuba untuk membuat ringkasan serba sedikit tentang ciri-ciri Ibadurrahman ini berdasarkan kepada Surah Al-Furqan (Surah 25) bermula dari ayat 63 hingga ke akhir surah. Sila rujuk link ini untuk tafsiran ciri-ciri hamba Allah ini. Hayatinya dan praktikkan, jadikanlah ia sebahagian dari personaliti diri kita dan juga keluarga. Antara ciri-ciri hamba Allah seperti yang diterangkan dalam Surah ini adalah:
  1. Orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik
  2. Orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Allah SWT
  3. Orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal'.
  4. Orang yang membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pulak kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian (yakni bersederhana dalam berbelanja)
  5. Orang yang tidak menyembah tuhan yang lain berserta Allah SWT
  6. Orang yang tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar
  7. Orang yang tidak berzina, barangsiapa melakukan demikian, nescaya dia mendapat pembalasan dosa
  8. Orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
  9. Orang yang tidak memberikan prsaksian palsu
  10. Orang yang apabila bertermu dengan orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mere lalui saja dengan menjaga kehormatan diri
  11. Orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Allah, mereka tidaklah menghadapi sebagai orang yang tuli lagi buta
  12. Orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'
Mudahan dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, dapatlah kita beramal dengannya kerana sesungguhnya jika dilatih selama sebulan di bulan yang mulia ini, mudahan ia akan terpahat di jiwa dan diri kita sampai ke akhir hayat. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita dan semoga perginya Ramadhan nanti akan terpahat rasa kepuasan yang tiada tolok bandingnya. Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilahaillallah Wallahuakbar Walahaulawala Quwwataillabillah.

Salam kemaafan dan semoga dapat menempuh Ramadhan dengan penuh keimanan dan takwa.

August 6, 2009

Keikhlasan..


Yang lahir dari hati adalah keikhlasan..Yang datang dari akal adalah kewarasan Bersatulah hati dan akal.. Melawan nafsu yang bakal memusnahkan..

Harta yang paling indah adalah sabar.. Teman yang paling akrab adalah amal.. Pengawal yang paling waspada adalah diam.. Bahasa yang paling manis adalah senyum.. Dan ibadah yang paling indah adalah khusyuk..

Malu daripada lelaki adalah baik.. Tetapi daripada perempuan lebih baik.. Adil bagi setiap orang adalah baik.. Tetapi daripada pemerintah lebih baik.. Taubat daripada pemuda adalah baik.. Tetapi daripada orang tua lebih baik.. Dermawan daripada orang kaya adalah baik.. Tetapi daripada orang miskin lagi baik..


Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunkan peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa, Dan nilailah kesucian dirimu.. Melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan.."

Hidup tanpa cita-cita adalah mati..Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih, Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih, Natijahnya kejayaan bakal diraih, Kuntuman senyuman akan tersurih, Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum.. sebaik baik perkataan adalah yang sedikit.. Namun dapat menjadi petunjuk.. Keselamatan seseorang.. terletak pada penjagaan lisannya… Siapa yang manis lisannya, pasti akan ramai kawannya..

July 15, 2009

Andai Kita Bisa Memahami





Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal..... Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. insya Allah

June 29, 2009

YA ALLAH..... Hanya PadaMU...


Ya Allah,
Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
Aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku sedar Ya Allah,
Aku tidak harus mempersoalkannya..

Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..

Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah..
Aku selalu dikhianati oleh cinta manusia
cinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia..
Hanya cinta Mu Ya Allah..
Yang kekal Selamanya.....
Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH

May 26, 2009

Tip Tangani Marah


Amarah yang tidak terkawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik dan mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda. Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmonian rumah tangga. Semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda.


Langkah 1 (Teknik 5 saat)

Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalam. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.


Langkah 2 (Teknik 10 saat)

Tarik nafas sambil mengakngkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.


Langkah 3 (Teknik 30 saat)

Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan kekiri untuk melegakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.


Langkah 4 (Teknik 45 saat)

Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah itu, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambil menarik dan menghembuskan nafas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.


Langkah 5 (Teknik 60 saat)

Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti setia, bertoleransi, murah hati, tidak mudah marah, merendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan ditempat mudah untuk anda melihatnya.

May 21, 2009

Berhenti Mencintaimu..


Seharusnya aku pergi saat kau menolak ku jauh dari hatimu..

Seharusnya ku tidak lagi disini menanti kata indah darimu..

Seharusnya aku tau semuanya itu tidak mungkin...

Namun aku masih terus bertahan disini..

Kerna aku terlalu menyintai dirimu...

Melupakan dirimu membunuh hatiku....

Yang aku inginkan bukan hanya menatap wajahmu..mendengar ceritamu..

Namun ia lebih dari itu..

Aku ingin menangis bersamamu..ketawa dengamu..

Berbagi hati selamanya denganmu..

Jelaskan padaku.. apa ertinya selama ini...

Kau beriku puji, kau buat ku tinggi..

Kau beri harapan sepertinya indah..

Namun kenyataan yang kuhadapi tidak semanis inginku,

Salahku terlanjur ingini semuanya yang ada pada dirimu..

Salahku terlalu berkhayal indah tentangmu...

Sebelum cinta ini hina..aku harus merelakan..

Dan berhenti menrinduimu... dan membunh segala rasa ini...

Mohon ajarkan aku cara untuk melupakanmu...

Agar aku tetap kuat tanpa bayang mu...

Mohon jangan ada cinta lagi dalam hidupku...

Bukan aku membenci... tapi aku telah tersakiti oleh dirimu...

Maafkan aku untuk berhenti mencintaimu...

March 4, 2009

Andai Waktu Itu Mampu Aku Takluk



Andai waktu itu mampu aku takluk

Akan aku abadi di sisimu
Akan aku setia pada rinduku
Akan ku seru namamu
Menggetar cinta
Membunuh kebencian

Andai waktu itu mampu aku takluk
Ingin sekali aku dakap bayangmu
Ingin sekali aku genggam tanganmu
Biar kau tahu
Tidak rela aku kehilangan
Walau hanya sekujur bayangmu

Andai waktu itu mampu aku takluk
Ingin ku beritakan pada seluruh alam
Kesaktian cinta
Keagungan kasih
Dan selautan rindu ini
Hanya untukmu

Andai waktu itu mampu aku takluk
Akan aku sujud di kakimu
Memohon jutaan ampun dan maaf
Hanya kerana mencintaimu
Hanya kerana merinduimu

February 27, 2009

Rahsia Pemakanan Genius Islam














Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara Minum :

2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !


KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w


TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN :

Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.



LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.


ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.


LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.


SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

February 18, 2009

14 Kuasa Hebat Teh



Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

February 10, 2009

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa




Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

February 5, 2009

Ciri-Ciri Sahabat Baik



1.
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat.Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

January 27, 2009

Rahsia Personaliti disebalik Coklat












Pelbagai mitos yang telah kita dengar berkaitan dengan coklat, Sejak dari usia kecil lagi ibu melarang kita makan coklat kerana dikhuatiri akan merosakkan gigi. Bila berganjak remaja, ramai yang mengatakan coklat boleh menggemukkan dan menyumbang ke arah masalah jerawat!
Pedulikan semua itu! Ia hanya mitos semata-mata... tiada makanan lain yang mampu menandingi keenakan coklat. Rugi sekiranya kamu tidak menikmati kelazatan coklat itu dari sekarang! Coklat yang bagaimana kamu gemari?



PILIH COKLAT WARNA PUTIH, HITAU ATAU CAMPURAN?


Coklat warna putih
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.

Coklat susu
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.

Coklat hitam (Dark Chocolate)
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.

Coklat campuran (semua rasa)
Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.


BENTUK COKLAT PILIHAN ANDA?

Bulat
Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar "cuci mata".

Bujur
Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan agak membosankan.
Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.


KANDUNGAN COKLAT?

Almond
Keperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

Karamel cair
Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara, semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika membeli belah.
Karamel keras
Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja, semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh diterima pakai.

Hazelnut
Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu sering dikata pemalu oleh teman-teman.

Kacang tanah
Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu akan menjadi lebih bermakna.

Pudina
Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.

APA KAMU BUAT PADA PEMBUNGKUS COKLAT

Diramas
Jika kamu makan coklat dan kemudian gemar meramas-ramas kertas pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bererti kamu tergolong antara individu yang tidak suka terlibat dalam masalah cinta. Fikiran kamu yang sering berkecamuk membuatkan kamu sukar memberikan konsentrasi terhadap sesuatu perkara. Tidak hairanlah jika pasangan kamu sering mengeluh dengan sikap kamu itu.

Dilipat
Jika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak baiklah macam tu! Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu itu.

Dibentuk bola
Jika anda membuat pembalut coklat itu menjadi bola dan memainkannya di meja, mungkin kamu sedang bosan dengan kehidupan cinta kamu bersama pasangan. Ada baiknya kamu berbincang dengan pasangan kamu itu mengenai perhubungan kalian berdua. Kalian perlu lebih berfikiran terbuka untuk menerima teguran dan kekurangan diri masing-masing bagi tujuan kebaikan dalam perhubungan.

Dikoyak-koyak
Kamu seorang yang romantis terhadap pasangan. Kamu suka membelai kerana pada kamu, belaian jemari kamu itu mampu memperlihatkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan. Kamu mementingkan keromantisan dalam perhubungan.

Digulung
Kamu boleh digelar sebagai penyelamat cinta! Suka mencampuri urusan percintaan orang lain. Bagi kamu, perhubungan cinta kamu sudah cukup bahagia! Kamu tidak boleh berfikiran sedemikian. Hakikatnya kamu perlu menumpukan perhatian terhadap hubungan cinta kamu sendiri agar lebih subur dan mekar berpanjangan!

Jadi, yang mana satu personaliti anda...