BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke creative diamond ::selamat tahun baru 2011 dr admin blog::

Marquee

December 31, 2008

Kahsiat 7 Surah



SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"

SURAH YAASIN

Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khusunya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

SURAH AD-DUKHAN

Daripada abi Hurairah .a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".

SURAH AL-WAQIAH

Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"

SURAH AL-MULK

Daripada Ibnu Abbas .a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga keoada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"

Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYAR

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"
"Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dan cubaan dari Mu dengan penuh kesabaran..."


sama-sama lah kita mengamalkannyer....
Align Center

November 24, 2008

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP


1.Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ?
Tirmizi.Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat iaberusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu
jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan
dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH
seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam
berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ?
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung
(yangberada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas

November 15, 2008

6 Persoalan Hidup..


"Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Siapa Yang Paling Pintar???

DIRIWAYATKAN bahawa Ibnu Umar berkata, pada suatu hari, beliau datang berjumpa Rasulullah saw dan ketika itu Baginda sedang berada di tengah-tengah sahabatnya yang terkemuka.Tiba-tiba salah seorang sahabat dari golongan Ansar berdiri dan bertanya kepada Baginda: “Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?”

Lalu Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang banyak bekal untuk menghadapi mati.

“Orang seperti itu biasanya melengkapkan diri sebagai persediaan untuk mati.”

Sabda Baginda lagi: “Apabila hati seorang sudah dimasuki Nur (cahaya iman), maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka.”

Selepas mendengar ucapan Rasulullah itu, orang ramai lalu bertanya: “Apakah tandanya hati yang lapang dan terbuka itu ya Rasulullah?”

Jawab Rasulullah: “Adanya perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat nanti serta timbul kesedaran dan pengertiannya terhadap tipu daya kehidupan dunia sekarang ini; maka bersiap-siaplah menghadapinya sebelum datangnya mati itu.”

Akhirnya Rasulullah bersabda: “Cukuplah mati itu sebagai guru atau pelajaran.”

Umat Islam digalakkan supaya sentiasa mengingati mati. Ini kerana dengan mengingati mati, kita sentiasa akan menyedari dan menilai diri apakah amalan yang sudah dilakukan selama ini cukup untuk dibawa ke akhirat nanti.

Firman Allah bermaksud: “Di mana saja kamu berada, mati pasti akan menjumpaimu, walau sekali pun berada dalam mahligai yang kukuh dan kuat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 78)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Katakanlah, bahawa mati yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemui kamu juga; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan nyata, lalu Dia akan khabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu lakukan.” (Surah al-Jumaah, ayat 8)

Dalam menggalakkan umatnya mengingati mati, Islam tidak memaksudkan agama menyuruh kita bercita-cita supaya lekas mati. Sebaliknya dalam Islam kita dilarang bercita-cita demikian.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu bercita-cita supaya lekas mati, kerana satu malapetaka mungkin menimpa dirimu.

“Daripada bersikap demikian, lebih baik kita berkata: “Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu yang lebih baik bagiku.”

Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam adalah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatannya, sedangkan sejahat-jahat manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat kelakuannya.

Begitulah besarnya faedah mengingati mati bagi membentuk budi pekerti dan peribadi setiap insan dalam menempuh hidup ini.

Cara yang sangat baik untuk mengingati mati menurut ajaran Allah dan rasul-Nya ialah sentiasa menziarahi sanak saudara atau sahabat dan kenalan yang sedang menderita sakit.

Juga, biasakanlah menziarahi ke rumah keluarga yang ditinggalkan ahli keluarga yang mati.

Selain itu, biasakan juga mengurus jenazah, memandikannya, menyembahyangkannya, menghantar jenazah itu ke kubur, menyaksikan jenazah itu dimasukkan ke liang lahad dan mendoakan orang yang sudah mati, terutama terhadap ibu bapa sendiri.

Mati adalah satu kejadian yang paling hebat, paling menakutkan dan paling mengerikan, yang pasti dihadapi oleh setiap manusia.

12 Jangan..



Sebagai hamba kepada yang Esa, insan yang mempunyai pelbagai kelemahan, adakalanya kita sering lalai dan leka, lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada yang Esa. Adakalanya kita ingat tetapi sengaja kita lupakan. Apakah perkara yang kita selalu lalai dan lupa, sebenarnya perkara tersebut tidak disukai Allah yang esa.

12 JANGAN



1.JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


2.JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


3.JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


4.JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


5.JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


6.JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


8.JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


9.JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


10.JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


11.JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


12.JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


JANGAN ......JANGAN......JANGAN.......

Hadirkan Dia Untukku


"oh tuhan....
seandainya telah engkau catatkan
dia milikku....tercipta untukku.....
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian.....

ya ALLAH ku mohon
apa yang telah engkau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
peliharakan lah daku dari kemurkaan mu

ya tuhanku yang maha pemurah
berikanlah kekuatan jua harapan
melainkan dari lesu dan tidak bermaya
semaikan lah setulus kasih dijiwa

ku pasrah kepada mu
kurniakanlah saya
pasangan yang beriman
yang bisa menemani saya
supaya saya dan dia
dapat melayar bahtera
ke muara cinta yang engkau redhoi


ya ALLAH ku mohon
apa yang telah kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
peliharalah daku dari kemurkaanmu

ya tuhanku yang maha pengasih
engkau sahaja pemelihara ku
dengarkanlah rintihan hambamu
jangan engkau biarkan ku sendiri

agarku bisa bahagia...
walau tanpa bersamanya
gantikanlah yang hilang
tumbuhkan yang telah patah
ku inginkan kebahagian
didunia dan akhirat
pada mu ku mohon segalanya....
amin yarabbal alamin....

40 Nasihat Saidina Ali r.a


Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali .a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen .a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2.Menyokong kesalahan adalah menindaskebenaran

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :

1.mereka yang mengenal Allah
2.mereka yang mencari kebenaran
3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang
terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut
sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampauibatas

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

October 10, 2008

Cuma Aku...


Aku mengharap akan ada seseorang yang cukup punya cinta, hanya untuk membuatku merasa tersanjung, dan merasa penuh hanya dengan membayangkan senyum diwajahku serta mengingat kenangan berjumpa denganku....


Seseorang yang hanya punya sebentuk cinta..

hanya untuk merajut kembali syapku yang usang dan patah, serta mengajariku untuk kembali terbag,

dilangit yang tak terbatas pandang tuk bermain dengan awan putih selembut salju..


Namun aku cuma bisa berharap agar semua yang aku impikan tercapai...

October 8, 2008

KECANTIKAN seorg lelaki dan KEGAGAHAN seorg perempuan



Kecantikan Lelaki.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk KEINSAFAN
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Perempuan.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah :-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Lelaki yang cantik mendorong perempuan menjadi gagah dan perempuan yang gagah mampu membuat lelaki cantik mengalirkan air mata kerinduan..
Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

September 27, 2008

Kasih Sayang....


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut saja ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

September 26, 2008

BuatMu Insan Yang Telah Kuserahkan Hatiku...


Telah kuberikan hatiku padamu.. Yang dahulu amat sukar untuk kuserahkan pada sesiapa... Kuharapkan kau dapat menjaga ia sebaik mungkin.. walaupun terkadang terasa takut bila kau tidak memperdulikan ia.. pernah dahulu aku beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri diriku terlalu percayakan mu. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh ku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk ku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun ku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika dirimu ingin tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang perlu dimengertikan sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama. Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.

Dalam Senyuman Ini.


Dalam senyuman ini,
Adakala aku benar-benar tersiksa
aku rasakan jalan yang kulalui
Terlalu kelam dan sepi

Ya Allah..
Tanpa teman... Tanpa sahabat...
Tanpa segalanya
Hanya sebuah ketakutan
Yang sering menganggu tenang hatiku,

Ya Allah,
Kadangkala terasa kerdilnya aku mengharapakan kasih dariMU,
sedangkan aku seringkali alpa dengan kehidupan duniawi ini,
kadangkala terasa perit mindaku,
jerih hatiku mengingatkan semua itu,
Ya Allah,
Kadangkala terasa perit mindaku
Mencerna dan mencari hidayahmu

Semakin hari,semakin kucari petunjukMu

Semakin kuselusuri payahnya

Semakin kutenung setiap kejadianMu

Semakin kugusar...

Kiranya aku ini tergolong dalam golongan kurang bersyukur
Apa yang perlu kuperbuat?
Namun, kadangkala aku menemui sesuatu
Sesungguhnya aku insan bertuah

Padaku kaupancarkan hidayahMu

Agar aku berfikir
Sejenak,sedetik dan seketika
Siapa aku yang kau ciptakan

Apa tujuanku di sini dan apa pengakhirannya.

Air Mata Wanita...


"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi"

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Kehidupan....


Dalam menyelusuri sebuah kehidupan, banyak perkara yang harus kita hadapi.. berbagai dugaan dan rintangan yang perlu dilalui... sehinggakan terkadang terfikir begitu dan begini.. terkadang rasa ingin mengundur diri...

Namun semua yang dilalui adalah pengalaman yang cukup bagi menerangi perjalanan kita pada masa akan datang..Sebuah pengalaman yang menyedihkan, melukakan dan meyakitkan dapat terus mematangkan diri kita.. ia dapat mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya. Bahkan ia juga memberi kesedaran bahawa sebaik-baik sandaran adalah sandaran kepadaNYA YANG MAHA ESA.

Kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi... Namun hadapinya dengan tenang, penuh kesabaran dan redha dengan kehendakNYA. Sesuatu yang terjadi pastikan ada hikmahnya..

September 25, 2008

Istimewanya Wanita..


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama saya (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah .a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah .a berkata, "saya bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Jangan...



Jangan pernah mengharapkan kesetian andai diri kita tak pernah setia...
Jangan pernah harapkan kejujuran andai diri tak pernah jujur dengan orang yang kita sayang....
Jangan mengharapkan ketulusan andai perbuatan kita tidak pernah tulus..
Jangan pernah meratap orang yg telah pergi andai kita x pernah
menyayangi nya semasa hayat nya..

Nilai gerak hati dan perbuatan kita kerana ia menjadikan siapa diri kita sebenarnya....
Jadilah sang lebah..sengatnya hanya diguna bila terpaksa....
Jangan jadi burung lelayang cuba mencapai awan yang tinggi tak jejak bumi...


September 23, 2008

Fikirkan....


Yang lahir dari hati adalah keikhlasan..Yang datang dari akal adalah kewarasan Bersatulah hati dan akal.. Melawan nafsu yang bakal memusnahkan..

Harta yang paling indah adalah sabar.. Teman yang paling akrab adalah amal..


Pengawal yang paling waspada adalah diam.. Bahasa yang paling manis adalah senyum.. Dan ibadah yang paling indah adalah khusyuk..


Malu daripada lelaki adalah baik.. Tetapi daripada perempuan lebih baik.. Adil bagi setiap orang adalah baik.. Tetapi daripada pemerintah lebih baik.. Taubat daripada pemuda adalah baik.. Tetapi daripada orang tua lebih baik..

Dermawan daripada orang kaya adalah baik.. Tetapi daripada orang miskin lagi baik..

Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunkan peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa, Dan nilailah kesucian dirimu.. Melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan.."


Hidup tanpa cita-cita adalah mati Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih, Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih, Natijahnya kejayaan bakal diraih, Kuntuman senyuman akan tersurih, Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum.. sebaik baik perkataan adalah yang sedikit..


Namun dapat menjadi petunjuk.. Keselamatan sesaorang.. terletak pada penjagaan lisannya… Siapa yang manis lisannya, pasti akan ramai kawannya..