BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke creative diamond ::selamat tahun baru 2011 dr admin blog::

Marquee

August 20, 2010

~ 3 Panggilan ALLAH S.W.T ~






Baca kisah mengenai 3 panggilan Allah kepada hambaNya ini. Semoga mendapat pengajaran dan manfaat darinya.


Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. ..aku bertanya pada Ibu.
‘Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dengan Umrah….?’
Maklumlah, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan penerangannya…
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya telah menyertai rombongan Umrah pada bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kaabah.


Pada kesempatan itu aku untuk bertanya tentang Umrah kepada ibu.
Ibu berkata…’Hassan, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup…’
Keningku berkerut….
‘Sedikit sekali Allah memanggil kita..?’
Ibu tersenyum… ‘Yer, tahu tak apakah 3 panggilan itu…?’
Aku menggelengkan kepala.
‘Panggilan pertama adalah Azan‘, ujar Ibu…
‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.
Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, samaada hambaNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya pada hari kebangkitan nanti’.
Saya terpaku…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambat-lambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Astaghfirullah…




Ibu terus berbicara…
‘Hassan, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi. Yang kaya raya duit bertimbun-timbun, tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi. Ada yang memang merancang dan terkabul. Tapi ada juga yang sebaliknya.
Ketika kita memasang niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaikallahummalabbaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.
Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.




‘Dan panggilan ke-3′, terang ibu lagi, ‘adalah KEMATIAN.
Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya adpat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Hassan, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.
Insya Allah syurga adalah balasan untukmu…’
Ibu mematikan bicara sekadar itu. Aku termanggu…
Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat….
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.






Semoga kita dapat sama-sama ambil pengajaran dari kisah ini... (^_^)

August 19, 2010

~ Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh ~~



Isk apesal la aku tak kawin2 lagi ni…?
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta…asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…Susahnya nak dapat jodoh!!

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.


Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.


1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.


2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.


3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah


5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.


6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)


7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:1. Seseorang yang berjihad dijalannya2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya


8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.


9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.


10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.


12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.


Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.Selamat berusaha!



July 14, 2010

~~ Hukum dan Hikmat Memotong Kuku ~~


KUKU yang diciptakan Allah mempunyai peranan dan kepentingannya kepada manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya, ketika seseorang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.



Hukum dan hikmat memotong kuku.

Memotong kuku termasuk amalan sunat. Hal ini disebutkan dalam hadis daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan boleh menghalang air ketika bersuci.

Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat padanya, nescaya ia menjejaskan kesihatan.



Cara dan benda untuk memotong kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari.

Sementara, kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.

Harus seseorang memotong kuku menggunakan gunting, pisau atau benda khas seperti alat pemotong kuku supaya tidak memudaratkan kuku atau jari.

Selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang dipotong) dengan air.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.



Waktu Memotong Kuku

Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk pada panjang kuku.

Kuku harus dipotong pada bila-bila masa. Bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya: "Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut Imam Al-Syafie dan ulama Al-Syafi'eyah, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Diriwayatkan Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah, katanya bermaksud: "Nabi Muhammad memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." (Hadis riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.



Menanam potongan kuku

Islam sangat prihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuk anggota badannya. Kuku yang potong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia anggota manusia. Hal ini disebut dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar menanam potongan kuku'.



Memotong kuku ketika haid, nifas dan junub

Menurut kitab Al-Ihya, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Hal ini kerana segala potongan itu pada akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


Memanjangkan kuku

Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad yang menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wuduk, mandi wajib dan sebagainya.

Selain itu, antara perkara sunat yang dilakukan bagi orang sakit atau hampir nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai pakaian yang bersih.

Imam Al-Syafie tidak menyatakan dalam kitabnya sunat memotong kuku mayat, tetapi beliau menyatakan perselisihan pendapat antara gurunya dalam menggalak dan meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat. Beliau memilih dan mentarjih pendapat untuk meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat.

Pendapat yang betul adalah membiarkan kuku mayat kerana segala anggota mayat itu dimuliakan dan tidak ada hadis sahih yang menggalakkan memotong kuku mayat. Malah, makruh hukumnya jika berbuat demikian. Demikian juga menurut Imam Ibnu Hajar, pendapat yang azhar adalah makruh memotong kuku mayat.

Adapun orang yang meninggal ketika dalam ihram haji atau umrah, haram dipotong kuku mayat itu, seperti haram mewangikan tubuh badan dan memotong rambutnya. Ini diibaratkan keadaannya ketika masih hidup, dengan haram ke atasnya memotong kuku ketika ihram. Namun, jika kuku mayat itu menyukarkan tukang mandi untuk membersihkannya, tidak mengapa jika dipotong dan tidak juga dikenakan dam ke atas orang yang memotong kuku itu.

April 7, 2010

Menangislah..












Ingat tak bile kali terakhir anda menangis... ?? Menangis.. Boleh disebabkan sesuatu yang menggembirakan dan mungkin juga disebabkan oleh sesuatu yang menyedihkan... Bagi kaum hawa menangis merupakan salah satu cara untuk melepaskan apa saja yang terbuku dihati... Kaum Adam?? amat sukar untuk melihat mereka menangiss...


Menangis terlalu lama akan membuatkan mata anda merah dan bengkak. Namun yang demikian, tidak ramai diantara kita yang mengetahui kebaikkan air mata yang kita keluarkan semasa menangis... Sebenarnya menangis dan mengeluarkan air mata mampu menjadi ubat yang sangat berguna kepada kesihatan badan dan fikiran.

1. Membantu Penglihatan
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang biasanya membuatkan penglihatan anda menjadi kabur. Secara tidak langsung, air mata mampu membantu penglihatan seseorang.



2. Meningkatkan Mood.
Apabila menangis, ia mampu menurunkan tahap depresi dan meningkatkan kembali mood seseorang itu. Air Mata yang dihasilkan daripada menangis itu mengandungi 24% protien albumin yang berguna dalam menstabilkan siste,m metabolisme dalam badan berbandingan dengan air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

3. Membunuh Bakteria
Dalam air mata terkandung cecair yang dipanggil lisozom yang dapat membunuh antara 90-95% bakteria yang terdapat pada papan kekunci komputer, tiang tangga, bersin dalam hanya 5 minit. Jadi, anda tidak perlu ubat titis mata kerana air mata berfungsi sebagai antibakteria semulajadi.

4. Mengurangkan Tekanan.
Air mata juga dikatakan dapat mengeluarkan hormon tekanan yang terdapat dalam tubuh badan iaitu endorphin luecine-encaphalin dan prolactin. Malah ia membantu melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi.

5. Melegakan Perasaan.
Apabila dilanda pelbagai masalah dan dugaan , menangis adalah merupakan salah satu cara yang boleh membuatkan kita merasa lega. Ini kerana setelah menangis sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar. Cara ini membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Apabila menangis, cuba keluarkan segala masalah dan jangan pendamkan...


6. Mengeluarkan Racun.
Menurut ahli biokimia, William Frey yang telah melakukan beberapa kajian tentang air mata yang keluar hasil daripada tangisan kerana emosional mengandungi racun. Ia menunjukkan air mata membawa keluar racun daripada dalam tubuh melalui mata itu.


7. Merapatkan Hubungan.
Selain baik utuk fizikal, menangis juga membantu seseorang itu merapatkan hubungan. Biasanya seseorang itu menangis setelah menceritakan masalah kepada teman-teman dan dibalas dalam bentuk nasihat atau semangat. malah dengan luahan ini juga dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan bersosial.

Menangislah jika menangis itu bisa melegakan dirimu..